Thursday, April 28, 2011

Mahu jadi kakak yang baik!

Saya menyambut hari terakhir saya mengambil peperiksaan sebagai pelajar Bacelor Sains dan Teknologi Makanan bersama Fizah. Pesta Buku tempat yang kami tuju. Asal bersama teman ke mana pun tak kisah. Kan? Hehe.

Fizah cadangkan novel 'Maria'.

Diskaun pelajar sekolah/IPT –>
25%

Baik, saya terima cadangan Fizah. Hehe.


Walaupun 'The Greenland Seal Hunter' belum saya habiskan. Hehe lagi sekali.


Teringat pada adik-adik. Saya mahu mereka minat membaca! Bukan menelaah barangan Hannah Montana dan Hujan sahaja. Mahu cari bahan bacaan yang bagus untuk mereka. Mahu menajamkan fikiran dan tanam sifat yang baik. Bulan lepas, saya bingkiskan 'Tiga Kali Seminggu' buat Syafiq. Pesan saya, apa yang dibaca tak semuanya betul. Diri sendiri perlu jadi penilai bahan bacaan tersebut. Walaupun saya sendiri tak pasti kebenaran nasihat itu. Heh. Aku kakak. Kali ini saya bingkiskan 'Jangan Ikut Jalan Ini' untuk Mida. Ringan tetapi berisi. Harapnya mereka baca.


Sebab itu buku-buku yang saya belikan untuk mereka nipis-nipis belaka. T_T



Teringat dulu-dulu. Waktu sekolah rendah, buku-buku cerita semua dipinjam dari perpustakaan. Kadang-kadang ada hadiah dari pengedar buku untuk Mama (sebab beli buku latih tubi murid-murid dengan banyaknya). Buku itulah yang saya telaah. Bila Kaklong mula melanggan Reader's Digest (atas cadangan guru sekolahnya), saya ikut sibuk. Setiap hari mahu telaah Reader's Digest. Walaupun saya cuma faham tajuknya. Berkerut-kerut dahi membaca. Malah saya akan baca kuat-kuat supaya sebutan saya sama dengan sebutan Darien Fawkes dalam 'The Invisible Man'. Waktu itu, semangat ingin tahu sangat tinggi. Saya masih ingat saya cuba habiskan 'Oliver Twist' karya Charles Dickens. Saya lebih banyak belek kamus dari mukasurat novel tersebut. T_T


Penat, tapi saya gigih. Saya harap adik-adik saya juga gigih macam saya dulu-dulu. Saya juga mahu gigih macam saya dulu-dulu.


Walaupun Kaklong tak pernah belikan buku untuk saya, tapi dia kakak yang baik! Sebab dia tunjukkan contoh yang baik! Saya juga mahu jadi kakak yang baik!


Saya juga harap Syafiq dan Mida curi-curi masuk bilik saya untuk baca koleksi buku saya. Saya selalu curi-curi baca buku Kaklong dulu-dulu. Sebab dulu-dulu selalu gaduh-gaduh. Heh. X_X


Nak beli buku untuk Alya pulaklah nanti...thehehe..

.



0 comments:

Post a Comment