Bungkam pada suasana.
Entah sejak bila manusia yang bengkak akalnya datang mengherdik hina.
Entah sejak bila pula manusia yang bengkak hatinya melawan herdik hina.
Dia mahu lari.
Kepada sesiapa untuk menenangkan hati kecilnya yang gusar.
Namun pada pangkunya sesuatu masih merah dan segar.
Zahir dan batinnya, dia masih segar.
Mereka yang bengkak terus membengkak.
Pada pangkuannya mata kecil mula membuka.
Lekas-lekas dia membaca Bismillah dan menyua.
Tidak, kau masih segar.
Jangan kau ikut membengkak dalam suasana yang bengkak.
Jangan pedulikan mereka yang bengkak.
Lihat, baju kuning Popeye ini menarik bukan?
0 comments:
Post a Comment